top of page
Writer's pictureBelalang Biru

5 Sebab Kenapa Janda Lebih “BEST” Berbanding Dara

Seorang wanita yang berstatus janda adalah orang yang tidak mempunyai seorang suami lagi, dan sudah tentunya hanya disebabkan dua perkara. Bercerai atau suami sudah meninggal.


Sayangnya, orang timur memberi kesan negatif kepada janda daripada duda. Janda selalunya diletakkan sebagai satu karekter yang negative dan seringkali wujud ketidakadilan bila seseorang mempunyai status janda. Mereka juga ada perasaan dan patut disanjung dan disayangi malah kebanyakkanya lebih best dari dara itu sendiri. Berikut 5 sebab kenapa janda lebih best dari dara.


1) Lebih arif tentang lelaki


Wanita yang telah menyandang status janda memang tahu lebih banyak tentang lelaki tentang relationship. Sekurang-kurangnya dah faham karenah lelaki, kemahuan lelaki zahir dan batin. Bab hal batin, janda lebih tahu apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak harus dilakukan.


2) Lebih respect dengan Suami


Pengalaman masa lampau mungkin dah banyak mendidik tentang apa yang harus diberikan pada suami dan bagaimana dia membuat seorang lelaki benar-benar memainkan peranannya di rumah tangga. Hal ini akan dapat dilihat pada kebebasan dan ruang yang cukup untuk anda menjadi seorang suami yang semestinya. Terlebih lagi dia akan mengajarkan banyak pelajaran hidup dalam membina rumah tangga. Sebab tentunya dia tidak ingin gagal untuk kali kedua dalam menjadi seorang isteri. Bukankah itu menarik?!


3) Tak reti nak rasa jeles


Dia tahu, dia sedar bahawa dirinya janda yang sudah mempunyai anak. Namun anda sanggup pilih dia untuk dijadikan pendamping hidup. Dia akan menilai anda sebaga lelaki yang tidak semata-mata melihat wanita dari fizikal.


4) Personaliti yang matang


Selalunya, karektor seseorang memang sedikit banyak dibentuk oleh keadaan. Seorang ibu tunggal mampu melakukan pelbagai perkara sendirian. Pergi kemana pun sendiri tanda ditemani oleh sesiapa. Yang best sekali adalah dia boleh mengurus dirinya sendiri ketika anda meninggalkannya untuk bekerja. Anda tidak perlu bimbang kerana dia tak akan manja dan menyusahkan anda.


5) Tahu nak didik anak


Nak besarkan anak bukan mudah. Perlu pengalaman, kesabaran, dan ketelitian. Bagi seorang ibu tunggal, membesarkan seorang anak bukan perkara mudah. Namun pengalaman akan mendewasakan dia dan akan membuatnya lebih enjoy lagi bila melahirkan anak kedua bersama anda.


2,767 views0 comments

Comments


bottom of page