top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Jenis-Jenis Baju Melayu Baru

Adakah anda brave enough untuk menjadi trend setter pada raya kali ini? Kami lampirkan beberapa jenis nama Baju Melayu yang mungkin akan membuat anda “nama naik” sewaktu berjalan raya nanti.


1) Baju Melayu BATTEK

“Busana-sini Aku Tarik TEtek Kau.”


Baju samping dan seluar semuanya satu warna. Kain dan badan harus bersatu dan melekat hingga nampak puting tetek memberi erti kesatuan dalam masyarakat melayu. Baju ini senang tidak perlu beli butang baju kerana telah tersergam indah butang dan kolar ala ala baju polo lengan panjang. Pakaian ini harus dikenakan dengan beg hitam atau file untuk letak maruah dan jati diri. Fesyen ini memang sesuai untuk dipakai bila bertemu dengan rakan sekerja.


2) Baju Melayu BAD, “BAhuku Disini”


Bagi lelaki yang ingin menyerlahkan bahunye yang indah. Especially bagi yang telah letak tattoo di bahu memang sesuai untuk ditayangkan. Bulu ketiak harus ditebas sebelum mengenakan pakaian ini.


3) Baju Melayu ST, “Sleeveku Tertinggal”


Sesuai dengan cuaca panas nusantara dengan kain baju melayu yang memanaskan. Kami sediakan baju melayu tanpa sleeve bagi mereka yang senang rimas dengan kain baju melayu traditional. Sesuai untuk abam-abam rider motorsikal Harley Davidson.


4) Baju Melayu CC, “Cak-Cak”


Ini sesuai untuk mengelirukan pihak keluarga sekiranya anda mempunyai niat tidak mahu keluarga anda tahu yang anda isap rokok. Fashion kain terlebih didada memberi kesegaran kepada busana baju melayu lelaki yang tidak mahu kocek dilihat ada kotak rokok.



5) Baju Melayu MC “Mak-mak Ceramah”


Fashion berinspirasikan mak-mak yang menggunakannya untuk hadir ceramah. Sesuai jugak bagi lelaki yang tidak mahu pakai seluar dalam mungkin sebab panas nak berjalan raya. Jangan pakai baju ini bila naik motor, sebab dari belakang, anda akan kena horn dengan rider matrep yang ingat anda rider chickaro baru balik sholat Isyak.


6) Baju Melayu AO “Abang Office”


Kami memang nak syorkan kepada mereka yang mempunyai pangkat atau jawatan yang tinggi dalam office untuk mengenakan fashion ini. Ini adalah untuk memberitau kepada mak mertua anda yang kini anda sudah berjaya dalam karier anda. Tuan rumah akan malu nak tanya, "Sekarang kerja apa?" semasa anda mengunjungi mereka di Hari Raya.


7) Baju Melayu “Mamak 24-7”


Fashion ini sesuai bagi yang ingin berjalan raya tapi nak buat duit lebih part time di kedai makan. Mungkin siang boleh bekerja, malam terus jalan raya bersama keluarga, tak payah balik tukar.



8) Baju Jubah “Ultra Power Rangers”


Apa yang unik tentang fashion ini adalah, anda tidak boleh memakainya seorang diri. Pakaian ini harus digunakan dengan rakan yang lebih dari 3-5 orang dan pastikan ada ketua antara kumpulan anda untuk memakai jubah yang ini.


(Lihat gambar abang yang pakai jubah cream dan hitam itu. Itulah ketuanya. Sekali pandang kau dah boleh rasa kepoweran dia)


9) Baju Jubah ESAH “Eh Sial AH"


Fashion jubah seperti ini adalah khusus kepada anda yang raya tahun lepas sedara semua macam tak layan kau. So tahun ni dengan memakai jubah ini insya Allah ramai sedara akan menegur dan pastinya untuk mengeratkan silaturrahmi. A conversational

piece.


10) Baju Melayu “Jangan Kecam Saya”

Sesuai kalau ada yang berniat nak tapau lauk pauk kat rumah orang dan pastinya ramai takkan perasan kau sembunyikan kat mana. Sesuai untuk majlis kenduri kahwin jugak. Setiap sleeve boleh menampung dua berkat jemputan yang berasingan siap dengan bunga telurnya sekali.


1,866 views0 comments

Comments


bottom of page