top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Kumpulan Kompang Lambat, Kakak Pengantin Mengamuk

“Bloody fuckers.”


Begitulah gambaran yang diberikan Annisa Rahim tentang kumpulan kompang setempat, Braders Kompang.


Pada 2 petang tadi, Annisa membawa isu tentang ketidakprofesionalan kumpulan tersebut di Facebook dan menghentam mereka habis-habisan.


Menurut pos asal, Annisa mendakwa bahawa Braders Kompang tidak menghadiri majlis tersebut.

Namun, pos sampingan yang dimuatnaikkan bercanggah dengan apa yang dikatakan pada awalnya.

Seperti apa yang dapat dilihat, Annisa menyatakan bahawa kumpulan tersebut lewat 45 minit, sehinggakan mempelai ‘terpaksa’ naik ke singgahsana tanpa iringan kompang.


Hal ini turut ditekankan oleh admin Instagram Braders Kompang yang berkata dakwaan Annisa ibarat lalang ditiup angin.


Berikut merupakan perbualan antara Annisa dan wakil Braders Kompang.


Newsdesk difahamkan bahawa terdapat persilisihan faham antara Annisa, selaku kakak pengantin dan Braders Kompang.


Menurut kenyataan kumpulan itu, mereka telah memberitahu seorang lagi wakil majlis pada 12:18 petang bahawa mereka akan lambat.

Sebabnya?


Pertama, kerana pengantin menukar masa dari 12:45 petang ke 12:30 petang.


Kedua, kerana mereka ada sebuah lagi persembahan sebelum majlis adik Annisa.


Kesudahannya, perbualan tersebut diakhiri dengan persoalan biologi.


Mujur, Braders Kompang dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat.

Wow! Meskipun dimaki begitu, admin masih boleh menjawab dengan tenang. Syabas!


Luahan wartawan: Hmm rasanya kalau nak kahwin, kenalah ada SOP. Stick to the schedule and assign the roles jadi case salah faham takkan jadi. Tengok kan dah jadi kecoh macam ni! Kompang kena inform Hidayat, inform Annisa lagi...Leceh tau!

Group kompang ni pun satu...Kenalah ada time management. See, you had a job before this majlis. At first korang kena start at 12:45pm. Means 12:30pm kena report. Then, they changed the timing to 12:30pm. It’s good korang inform korang lambat tapi lambat 45 min dok..Means korang sampai at 1:15pm? That’s even later than the actual proposed timing. Aku pun akan sot sia. If you think it’s tight, maybe it’s better to let go of one of your jobs. Or else, tarik more people into your group.


But let’s take this mishap as a learning point to practice good communication and planning.


Nasib baiklah sis dah plan nanti bila kahwin, nak buat kecil-kecil, simple-simple jer. Tak payah nak kompang bagai. I main spotify playlist jer. Kalau dah mendak, I on podcast hehe!

Oklah tu jer sis nak cakap. Nak cakap lebih takut dua-dua side makan hati sebab dorang pendengar OLG...Tapi kalau haters memang aku maki all out ah sia!!!!


Newsdesk sedang menantikan respons Braders Kompang. Setakat ini, pada 11:55 malam, pos pertama Annisa telah mendapat 683 kongsian dan 204 komen. Pos kedua meraih 405 kongsian dan 190 komen.


Kami berharap agar hal ini dapat diselesaikan secara damai. Kita kan sama-sama bloodzzz...

17,132 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page