top of page
Writer's pictureChap Chai

Liverpool Bersahur Lauk Barcelona


Kegembiraan yang tiada tandingnya, mengalahkan kenikmatan kurma Yusuf Tayyub. Sumber: bbc.co.uk
Kegembiraan yang tiada tandingnya, mengalahkan kenikmatan kurma Yusuf Tayyub. Sumber: bbc.co.uk

Tiada Firminho dan Salah? Tiada masalah. Berkat doa jutaan penyokong Liverpool dalam bulan Ramadhan, mereka telah dikurniakan dengan kemenangan spektakular, 4-0 keatas Barcelona, sekaligus menempah tempat keperingkat akhir Liga Juara-Juara Eropah.


Bayangkan, dalam perlawanan first leg di Sepanyol, Liverpool telah dihayam-hayamkan oleh Lionel Messi serta rakan-rakan seperjuangannya dengan kekalahan mendadak 3-0. Apa yang pasti, ramai yang sudah bersedia untuk kekalahan Liverpool di padang sendiri.


 Wijnaldum score dua. Gila babas! Sumber: sportstar.thehindu.com
Wijnaldum score dua. Gila babas! Sumber: sportstar.thehindu.com

Namun begitu, semangat kebabian tuan rumah tidak boleh disangkal lagi dengan dua jaringan Divock Origi dan Georginio Wijnaldum setiap satu, memusnahkan harapan Barcelona untuk bangkit.


Beberapa selebriti tanah air yang gila bola turut mengambil kesempatan untuk menyakat kembali peminat EPL yang ketawakan mereka semasa perlawanan first leg. Antaranya, Khairuddin Samsudin:


Penyokong tegar Manchester United, Elfee Ismail turut akur tentang kehebatan Liverpool dan memberikan hamburan pujian walaupun pasukan rival.


Sorotan pelawanan pagi tadi. Ternganga.


Liverpool akan berdepan dengan pemenang perlawanan diantara Tottenham dan Ajax yang akan datang. Jangan betting ehk. Haram.


611 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page