top of page
Writer's pictureChap Chai

Manchester United Gigit Jari, Penyokong Liverpool Berpuas Hati

Malang melanda Manchester United apabila terlepas peluang untuk beraksi dalam Champions League musim depan. Mereka yang sekadar berjaya untuk seri dengan Huddersfield, pasukan paling corot dalam EPL, terpaksa makan hati apabila gol jaringan Scott McTominay pada minit kelapan dipadamkan dengan jaringan Isaac Mbenza sejam selepas wisel permulaan ditiupkan.


Sumber: Manchester Evening News
Sumber: Manchester Evening News

Sebanyak 23 das rembatan dilepaskan oleh Man Utd, tetapi hanya 7 yang terkena sasaran, itupun berjaya diselamatkan. Kelab dibawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer hanya mampu memenangi 2 daripada 11 perlawanan mereka dalam semua pertandingan. Ini mengundang pelbagai reaksi daripada penyokong tegar Liverpool FC yang rata-rata gembira dengan persembahan hambar Manchester United.


Sumber: Liverpoolfc.com
Sumber: Liverpoolfc.com

Liverpool pula berjaya menundukkan Newcastle dengan kemenangan tipis 3-2 hasil jaringan lewat Divock Origi pada minit-monit akhir. Malangnya, pemain keramat Liverpool, Salah cedera dibahagian kepala. Kemungkinan besar, beliau akan direhatkan sepanjang Ramadhan. Dugaan Ramadhan. Liverpool kini ditangga paling atas, namun begitu, Manchester City masih ada baki satu lagi perlawanan, siapa tahu, dengan berkat doa pemain dan penyokong Liverpool, Man City akan kalah dalam perlawanan mereka akan datang.


Sumber: The Star Online
Sumber: The Star Online

Sekiranya Liverpool menang EPL musim ini, pastinya penyokong mereka akan berhari raya dengan gembira, manakala penyokong Manchester United terpaksa menahan tomahan demi tomahan yang akan dilemparkan sepanjang raya ketika mereka sedang menjamu selera dirumah-rumah saudara-mara serta members yang merupakan golongan YNWA.


475 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page