top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Pemandu ComfortDelgro Menghadapi Tindakan Disiplin


Syarikat ComfortDelgro mengeluarkan kenyataan bahawa pemandu teksi yang terlibat dalam pergelutan dengan anak Ummi, Batrisya Jamal, akan menghadapi tindakan disiplin.

Menurut lelaman Stomp, pegawai komunikasi korporat kumpulan ComfortDelgro, Cik Tammy Tan berkata:


“Tingkah laku pemandu tersebut terhadap Cik Batrisya Jamal dan anaknya tidak mencerminkan piawaian yang kami letakkan pada pemandu-pemandu kami. Kami telah mengambil tindakan disiplin terhadapnya."


“Untuk semua tempahan teksi ComfortDelgro (melalui kami) dan khidmat teksi (street-hail), para pemandu seharusnya menerima sahaja cara pembayaran yang diminta penumpang."


“Malangnya, tempahan berikut tidak dilakukan di bawah sistem kami. Lantas, kami tidak tahu syarat-syarat yang ditetapkan bagi tempahan tersebut.”


Pada pagi 17 Januari, Jumaat, Ummi berkata bahawa dia telah bertemu pihak ComfortDelgro di pejabat mereka di Sin Ming Drive dan akan menyerahkan hal tersebut pada mereka. Insiden ini dalam siasatan.



Petikan dari Facebook Ummi

Luahan wartawan: Dua hari sudah berlalu dan kita telah merungkai kisah Ummi dan anaknya. Namun, cerita pemandu masih belum kita dengari. Apakah mungkin jika pemandu tersebut menyuarakan kisahnya, dia tidak akan ‘disound’ syarikatnya? Mungkin juga kisahnya akan menimbulkan plot twist!


Jika apa yang diuar-uarkan kurang tepat, rasanya lebih baik jika pemandu tersebut katakan sesuatu untuk pertahankan dirinya, kan?


Apa-apa pun, semoga insiden berikut menjadi peringatan kepada kita semua tentang kekuatan pengaruh media sosial. Buat salah sikit, orang post, habis satu Singapore tau. Hati-hatilah <3

Adakah kisah ini akan akhirnya berakhir?


Dan adakah tindakan ComfortDelgro adil? Kongsikan pandangan anda!

2,487 views0 comments

Comments


bottom of page