top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Pemandu Grab Buat Aduan Penumpang Berasmara Dalam Kereta


Seorang penumpang Grab, Kohji Toh and isterinya dilaporkan kepada pihak polis pada 15 Januari, Rabu, kerana bersikap ‘keterlaluan’ dalam kenderaan tersebut.


Menurut pos Toh di Facebook, dia dan isteri telah menggunakan khidmat Grab untuk ke temu janji mereka yang bakal berlangsung pada 5:30 petang.


Kata Toh, pemandu tersebut mempunyai banyak permintaan. Antaranya, mereka disuruh memakai tali pinggang keledar sebaik saja menaiki kereta tersebut.


Tidak lama kemudian, isteri Toh mengadu sakit kepala lalu merehatkan kepalanya pada bahu Toh dan memeluk lengannya.


Normal, kan?


Namun, adegan tersebut telah membuat pemandu mereka berasa jijik.


Toh menjelaskan:

“Pemandu perempuan gemuk ni cakap dekat aku dengan bini aku untuk ‘behave ourselves’ abeh suruh aku duduk kat hujung, jauh daripada bini aku.

Aku tanya ah ‘Apa salah aku?’ Abeh dia kata aku dengan bini aku berintimasi dalam kereta dia! WTF?!

Aku cakap ah dia ni bini aku dan perkahwinan kita sah. Apa salahnya dia peluk lengan aku untuk tidur? Tu perempuan masih ah. Dia kata ‘Ni salah di sisi undang-undang dan aku boleh call polis.’ Aku pun suruh dia call police.”

Sumber: Facebook Toh


Sementara menelefon polis, pemandu tersebut turut memandu ke stesen polis berdekatan. Namun, dia sesat.


Sejurus itu, sebuah kereta polis pandu ke arah mereka agar mereka boleh membontot kenderaan tersebut untuk ke stesen berdekatan.


Kesudahannya, Toh dan isteri tidak didapati bersalah. Akan tetapi, pasangan itu terlepas temu janji mereka.


Toh menambah bahawa kes ini sedang disiasat Grab dan dia inginkan wang pampasan.


Luahan wartawan: Apeeeeeee jer! Benda gini pun nak report. Ingat police takde keje pe? Setakat baring atas shoulder jer ape yang ‘intimate’ sangat? Bukannya dia ringan-ringan dalam kereta pun...Kesian bini dia. Mesti extra pening lepas case ni. Abeh ye ye jer nak bawak gi police station. End up sesat HAHA what a joke!! Ridiculous seh driver ni. Maybe dia just jealous orang lain ade laki, dia takde. Either that or she’s a religious freak.


Apa pendapat korang? Benda gini patut tak jadi police case?


3,239 views0 comments

Comments


bottom of page