top of page
Writer's pictureLintah Darat

Pembantu Rumah Lecurkan Tangan Bayi Kerana Hendak Pulang

Saluran Telegram The Local Society mengongsi video seorang pembantu rumah sedang memasak sambil mengendong anak majikannya pada 1:40 pagi tadi.


Insiden yang berlaku pada 14 Januari, Selasa, dikongsi oleh ibu mangsa, Amy Low Mei Liang, di Facebook.


Sejak pos tersebut dinaikkan semalam malam, ia telah meraih 12,000 kongsian.


Luahan sang ibu


Video diraih daripada kamera litar tertutup (CCTV). Sumber: The Local Society

Video 1 minit 4 saat itu kelihatan normal pada mulanya. Namun, pada saat ke-31, pembantu tersebut menarik tangan bayi perempuan tersebut dan meletakkannya dalam periuk yang diisi dengan air mendidih.


Pembantu berkenaan mendekatkan bayi pada dapur gas

Serta-merta, bayi tersebut meraung kesakitan sambil ‘melambai-lambaikan’ tangannya.


Bayi tersebut seolah-olah meminta bantuan daripada pengasuhnya.

Malah, pembantu berkenaan melepuhkan tangan bayi itu sekali lagi sebelum berjalan keluar dari kawasan dikawal CCTV.


Natijahnya, kanak-kanak tersebut mengalami banyak kesan lecur. Menurut ibu bayi 16 bulan ini, dia mengalami kelecuran gred 2.


Amaran: Gambar-gambar yang bakal anda lihat agak menggerunkan


Amy turut menambah pembantunya berbuat demikian agar dia boleh pulang ke negara asalnya.

Newsdesk difahamkan taktik tersebut diajar oleh kawan-kawan dan agensinya.


Pembantu tersebut telah diberkas polis dan Amy masih menantikan perkembangan lanjut.


Luahan wartawan: Betul ke kalau cederakan anak majikan, boleh dapat express pass untuk balik? Kenapa tak cederakan diri sendiri jer? Jirus air panas kat satu badan lah tu confirm-confirm boleh balik and ada chan takkan involve polis pun. Now see lah. Dah lecurkan tangan budak, majikan mengamuk, jadi police case, kena buang kerja and tak boleh balik. Bodoh kan?


Korang ada tak maid puaka? Sila share!


Jika anda mempunyai topik sensasi atau video panas, kongsikan bersama kami di Facebook OKLETSGO!


3,377 views0 comments

Comentarios


bottom of page