top of page
Writer's pictureChap Chai

Sanggup Kahwin Civil Demi Cinta


Sumber: Priyanka Chopra (Instagram)

Isu perkahwinan sivil antara individu berlainan agama sering dibahaskan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan acap kali, idea ini ditentang kaum Melayu-Islam atas dasar hukum-hakam agama.


Namun baru-baru ini, newsdesk menerima perkongsian daripada Daud, seorang pengamal gaya hidup Islam yang merancang untuk mengahwini temanitanya, Mika, seorang gadis Melayu-Katolik secara sivil dalam beberapa tahun akan datang.


Setakat ini, hubungan mereka sudah pun mengakibatkan ketidakselesaan dalam keluarga Daud. Meskipun begitu, Daud dan Mika bersedia untuk menghadapi apa jua rintangan yang bakal mereka hadapi asalkan mereka dapat kekal abadi.


Namun, atas dasar apa?


Amaran: Anggaplah ini sebagai perkongsian semata-mata. Ia bukanlah sebuah artikel untuk menggalakkan pembaca untuk mengikut jejak Daud (nama samaran) dan Mika (nama samaran).


LATAR BELAKANG DAUD DAN MIKA

Sumber: The Simpsons

Dibesarkan dalam keluarga Melayu-Islam, ilmu pengetahuan Daud tentang perihal agama bukanlah cetek, malah menurutnya, puasa dan solatnya juga serba-serbi lengkap.


Situasi keluarga Mika pula jauh berbeza di mana ibunya merupakan seorang Serani-Katolik dan bapanya merupakan Melayu-Islam.


“Masa kecil, saya sudah pun dibaptiskan. Tetapi bila saya berumur 21 tahun, orang tua saya membenarkan saya untuk mendalami agama-agama lain, termasuk Islam."


“Saya telah melengkapi kursus asas saya di Darul Akram. Tapi bila fikir kembali, saya rasa apa yang saya lakukan itu salah kerana saya belajar demi cinta kepada bekas kekasih saya suatu ketika dahulu dan bukanlah atas kerelaan saya sendiri atau agama."


"Oleh itu, saya berpaling kembali kepada kepercayaan Katolik,” jelas Mika semasa wawancaranya di podcast OKLETSGO.


AGAMA BUKAN HALANGAN


Sumber: Pinterest

Setelah memutuskan jalinan kasih pada 2010, pasangan ini bersua kembali pada lewat 2018 dan sejak itu, hubungan mereka kian serius.


Menukil kata-kata Daud, dia berpendapat bahawa tiada bukti kukuh yang menunjukkan Islam tidak membenarkan perkahwinan antara seorang Muslim dengan mereka yang bukan Islam.


”Semasa saya baca Al-Quran, ada sepotong ayat yang menyatakan ‘orang Islam boleh berkahwin dengan ahli kitab’. Jadi saya bertanya kepada seorang ustaz, ‘Kalau seandainya saya berkahwin dengan orang Katolik atau Kristian, adakah saya melawan perintah Allah?’”

“Tapi ustaz tersebut tak cakap ‘ya’ atau ‘tidak’. Dia setakat berkata ‘Mungkin itu kitab lama dan sekarang tafsir itu dah berubah.”


Disebabkan ‘lohong gelung’ ini, Daud menganggap bahawa niatnya untuk berkahwin secara sivil tidak salah.


Malah, dia dan Mika sudah pun mula berfikir tentang cara mendidik dan membesarkan anak-anak mereka.


“Bila dah ada anak nanti, kami bercadang untuk membimbing mereka dengan cara orang Islam dan terapkan moral dalam diri mereka. Apabila mereka besar kelak nanti, kami akan berikan mereka ruang untuk mempelajari agama lain. Dan jika mereka hendak menukar agama, silakan."

“Definisi ‘orang baik’ bukannya berlandaskan agama. Ketaatan pada ibu bapa dan perwatakan yang baik lebih penting,” ujar Daud.


MASALAH YANG BAKAL MENIMPA

Sumber: The Simpsons

Menurut Mika, dia pasti keluarganya tidak akan menghalang perkahwinan mereka memandangkan ibu bapanya sendiri bersatu meskipun mempunyai kepercayaan tersendiri.


Akan tetapi, Daud agak gentar tentang nasibnya.


“Buat masa ni, keluarga saya belum tahu lagi tentang rancangan kami. Tapi saya sudah bersedia bahawa ada kemungkinan ibu bapa saya akan menolak permintaan saya untuk memperisterikan Mika."


“Saya tahu mereka akan berasa malu. Lagi-lagi kalau ada saudara yang bertanya tentang status saya...Kalau ada yang tanya, cakap sajalah ‘Ala si Daud tu dah kahwin sivil dah’,” seloroh Daud.


“Ada juga kemungkinan mereka akan tidak mengaku saya ini anak mereka. Kalaulah ia betul-betul terjadi, saya tetap akan ziarah mereka kerana itu tanggungjawab saya sebagai anak. Sama ada mereka hendak terima saya dan Mika ke tidak, itu hak mereka."


“Walau apapun yang akan terjadi, saya tidak akan tinggalkan Mika. Saya pasti satu hari nanti, mereka akan lembut hati dan pada ketika itu, saya akan meminta restu mereka."


“Saya percaya pada kehebatan Allah SWT,” kata Daud yang menegaskan bahawa dia tidak akan menukar agama.


Mika turut menambah bahawa dia berharap agama tidak akan memecah belahkan keluarga Daud dan hubungan mereka.


“Dalam perkahwinan, menahan perwatakan dan perangai lebih ‘utama’ daripada kepercayaan atau agama seseorang itu.”


Luahan wartawan: Sekarang, dengan wadah media sosial macam Tinder, Instagram dan sebagainya, ia memudahkan orang untuk berinteraksi jadi memang tak hairanlah kalau jumlah ‘inter-racial’ atau ‘inter-religion’ semakin meningkat.


Tapi kalau bab orang Islam kahwin dengan lain agama, I rasa I tak berapa support. I bukanlah baik mana pun tapi to renounce Islam or to get married to a non-Muslim, I akan rasa it’s not right. And most importantly, I kesiankan anak-anak yang come from this background. I ada kawan ni satu, mak Muslim, bapak Buddhist and dia sendiri confuse. Dia puasa tapi buka makan economical rice.


Jadi, I would think it’s better kalau they just stick to one religion for their kids’ sake and parents’ happiness. But then again, I’m not going through what they are going through and it’s difficult to make decisions when your heart takes over.


Take a step back and think thoroughly. Apa-apa pun, I harapkan yang terbaik untuk Daud and Mika. Everyone deserves happiness.


Apa pendapat korang? Korang support tak civil marriage? Kongsikan!


Dengar kisah Daud & Mika, click link dibawah ini:

1,076 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page