top of page
Writer's pictureChap Chai

Video Tular Dan Kisah Seram Adalah Dua Insiden Yang Berbeza

“Kalau orang ni datang rumah, jangan buka. Takut nanti kena pukau.”

Itulah antara komentar yang dilontarkan ke atas kakitangan Darul Arqam, Mohamed Meeranudeen di Facebook dan Whatsapp sejak semalam (18 Februari).


Petikan daripada rakaman CCTV yang tular

Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakamkan dari rumah seorang penduduk setempat memaparkan Meeran dan tiga lagi rakan sekerja mengetuk pintu rumah terbabit.


Namun, menurut sumber yang boleh dipercayai, Meeran sudah pun terlupa apakah tujuannya mengetuk pintu ketika itu kerana insiden berikut berlaku beberapa tahun lepas.


Yang pasti, niatnya bukanlah untuk memukau atau menghantar sihir kepada sesiapa.


Hal ini ditegaskan oleh rakan baik Meeran, Hafidz Abdullah.

Sebahagian daripada pos Hafidz di Facebook

DZAR ISMAIL TURUT TERPALIT


Rakaman tersebut, yang dipercayai diambil dua tahun lalu, dikeluarkan semula lalu dikaitkan dengan pos Facebook pengacara OKLETSGO, Dzar Ismail.


Pada 9 Februari, Dzar berkata di Facebook peribadinya bahawa perkara ‘pelik’ berlaku di rumahnya apabila empat lelaki, yang mendakwa mereka dari Masjid Al-Mawaddah, mula memberi tazkirah di depan rumahnya.


Malah, ia merupakan kali kedua insiden berikut berlaku kepada Dzar dan keluarganya.


Bimbang dengan penggunaan nama masjid dan ketiadaan Skim Penikhtirafan Asatizah (ARS), Dzar menyuarakan perasaannya dan mengakhiri pos tersebut dengan soalan:


“Adakah mereka dibenarkan untuk berbuat demikian?”

Tidak lama kemudian, pihak masjid menjawab persoalan Dzar dan berkata bahawa mereka sedang melakukan siasatan atas dakwaan yang dikeluarkan.



SYAK WASANGKA MISTERI WARGANET


Beberapa pengguna Facebook dan Whatsapp menggunakan petikan skrin daripada pos asal dan bersama rakaman video tersebut lalu menularkan bahan-bahan berikut, sehinggakan orang ramai mula menimbulkan spekulasi tersendiri.


Rata-rata, warganet menasihati masyarakat setempat untuk ‘berhati-hati jika ternampak orang-orang ini, takut-takut dipukau’.


Bahkan, hal ini diruncingkan lagi tatkala seorang bekas penyiar memuat naik kisah seram berkaitan dengan isu ‘dipukau setelah diziarah lelaki mencurigakan’ di wadah hiburannya.


Tambahan pada itu, seorang lelaki turut mengongsi bahawa dia terlihat ‘empat lelaki di luar rumahnya melakukan sihir’ melalui fail audio.


POS FACEBOOK, RAKAMAN CCTV TIADA KAITAN


Untuk meredakan keadaan, semalam, Dzar mengeluarkan pos baharu untuk menyatakan bahawa isu yang dihadapinya tidak ada kena-mengena dengan video Meeran.


Dengan kesempatan ini, newsdesk juga ingin mengingatkan para pembaca untuk menganalisa setiap perkara dengan teliti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.


Juga, usahlah percaya setiap apa yang dikongsikan di media sosial bulat-bulat.


Jaga diri semuanya!

1,770 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page